Majalah Solusi Digital - Majalah Solusi Versi Digital Majalah Solusi Versi Digital
  • Home
  • Isu Terkini
  • Katalog
  • Portfolio Rohani
  • Pakej Akses
  • Login
DATO' SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD

DATO' SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD

Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Berkarier sebagai pendakwah dan sering muncul di tv sebagai panel jemputan Forum Perdana TV1, juga al-Kuliyyah, Motivasi Pagi, al-Hidayah, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 dan Halaqah di TV9. Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar di seluruh negara dan di Brunei. Juga sebagai kolumnis beberapa majalah antaranya Anis, Harmoni, Nona dan Mingguan Wanita. Telah melahirkan lebih 40 album pelbagai tajuk (agama, motivasi dan tip) dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Dianugerahkan "Outstanding Achievement" dalam penjualan album daripada Telaga Biru Sdn. Bhd.

japanese-cherry-trees-587452_1280
Munakahat

Romantik Itu Sunnah Rasulullah S.A.W

By DATO' SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD

SETIAP pasangan suami isteri memang memerlukan hubungan intim, kerana ia merupakan fitrah semula jadi manusia yang sempurna.

Read More
ring-260892_1280
Munakahat

Hikmah Perkahwinan

By DATO' SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD

PERKAHWINAN adalah sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang dilalui oleh kebanyakan umat manusia. Ia adalah proses semulajadi yang diaturkan oleh Allah s.w.t. mengikut sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu berkehendakkan kepada pasangan hidup.

Read More
Previous 1 2 3

About The Site

Majalah SOLUSI adalah sebuah majalah Islamik kontemporari bulanan popular terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Antara faktor penarik majalah ini ialah isu perbincangannya yang merangkumi isu tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, dan pelbagai lagi. Para kolumnis yang prolifik, berwibawa dan tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan turut menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Majalah SOLUSI diterbitkan khas buat mereka yang tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim. Sesuai untuk dijadikan bahan bacaan harian untuk mendidik diri, menambah ilmu dan sebagai panduan ke arah hidup bersyariat.

Kini, majalah SOLUSI membawa para pembacanya ke dimensi baru yang lebih interaktif dalam pembacaan majalah apabila diterbitkan dalam bentuk digital dengan rekabentuk web cukup menarik. Ini membolehkan majalah SOLUSI mudah diakses dari peranti sekali gus menjadi salah satu cara terbaik untuk pembacaan yang lebih santai dan mudah di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

    Video

    Ustaz Zahazan Mohamed - Majalah Solusi

    Need Help?

    • Contact Us
    © 2015-2019 Addeen Online Sdn. Bhd
    Powered by Addeen
    Back to top

    Login to your account

    Forgot password?
    x

    Create an account

    x
    http://www.solusi.com.my/wp-admin/admin-ajax.php